+ Reply to Thread
Results 1 to 3 of 3

Thread: Tax For Rural Flight Almost 100%

  1. #1
    CEO WEDY is on a distinguished road WEDY's Avatar
    Join Date
    May 2007
    Location
    Marudi <=> Limbang
    Posts
    1,311
    Blog Entries
    4
    My Mood
    Cool
    Chats
    59
    Rep Power
    17

    Angry Tax For Rural Flight Almost 100%

    Sebenarnya sudah lama aku nak utarakan isu ini tetapi belum ada masa. So, sekarang aku nak minta komen Lnetters semua pasal cukai penerbangan ke kawasan-kawasan pedalaman Sarawak yang aku dapati sangat mahal (hampir 100% daripada tambang sebenar).

    Adakah perkara ini wajar kerana seperti yang kita tahu, Sarawak masih banyak kawasan pedalaman yang menggunakan jalan udara sebagai kaedah pengangkutan utama. Aku tahu rakyat Sarawak mempunyai budaya "TAK KESAH" tatapi jika anda sering menggunakan kaedah perjalanan udara seperti penduduk di kawasan Marudi, Bario, Bakalalan, dsb maka anda akan merasa bebannya.

    Tak percaya? sila lihat screenshot di bawah;

    Screenshot ini aku ambil sewaktu membuat tempahan penerbangan dari Marudi ke Miri. Seperti yang anda dapat lihat, tambang sebenar ialah RM29.00 sahaja tetapi cukai RM27.00 menjadikan jumlah kos penerbangan RM56.00. Ada kah patut?
    Last edited by WEDY; 4 Feb 2010 at 04:03 PM.
    Aku BUKAN Pembangkang Tetapi Pengkritik.. Jangan Marah Aaaaa..

  2. #2
    Administrator nbl is on a distinguished road nbl's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Location
    KL
    Posts
    1,430
    Blog Entries
    2
    My Mood
    Breezy
    Chats
    159
    Rep Power
    17

    Default

    Dari dulu lagi operasi MAS di kawasan pedalaman dan antara bandar Sarawak memang tidak menguntungkan
    dan ia diakui oleh kerajaan dan pihak pengurusan (MAS) sendiri.

    namun kemudahan ini sangat penting terutama kawasan pedalaman seperti Bario,Marudi,Lawas,Limbang,Mulu
    (izinkan aku ulang)
    penting kerana apa? adakah kerana penduduknya terlalu kaya untuk menjadijkan pengangkutan udara sebagai pengangkutan utama?
    jawapannya : ia untuk kecemasan seperti bersalin,sakit atau kemalangan
    & keperluan mendesak lain seperti perlu menghadiri mesyuarat,pendaftaran pengajian atau temuduga kerja!
    tapi jika cukai ini dilaksanakan,maka ia akan menjerut leher warga sendiri,
    taktala pihak berwajip berkempen dengan slogan politik..
    mun paham bisai eh..

    Aku ada 1 pengalaman,iaitu ketika outstation ke Sarawak & Sabah tahun 2008.
    ketika itu aku kena ke Limbang dari Miri.setelah online,aku kena bayar tiket MAS dengan harga RM138..
    tiket tersebut aku tempah 4 hari sebelum terbang.sedangkan dulu harga tiket hanya sekitar RM60-70..
    tapi iya lah..mungkin kerana ada tambahan segelas air oren dalam Fokker 50 tu..

    Sebab itu semakin wujudnya kenderaan prebet / sapu di laluan Limbang-Miri misalnya..
    dan ada juga yang kena tahan oleh LPKP /JPJ (seperti aku tahun 2000 dulu)
    tapi bila mohon permit,jawapan balas amat lama,seperti kena tunggu permit dari planet Musytari!
    ini belum termasuk 'beban sampingan' lain seperti perundangan negara jiran dan isu keselamatan penumpang..

  3. #3
    Super Moderator zuriana is on a distinguished road zuriana's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    Limbang <--> KL
    Posts
    623
    My Mood
    Fine
    Chats
    3
    Rep Power
    8

    Default

    Rasionalnya, tax atau cukai untuk orang yang berpendapatan 'lebih'.
    Seperti yang kita ketahui, pengguna bukan terdiri dari orang kaya sahaja.
    Kebanyakan penumpang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ada yang kaya, sederhana & berpendapatn rendah.
    Harap-harap, kadar tax atau caj tersembunyi dikaji semula untuk memudahkan pengguna & meringankan beban.
    "The place to rest my head---limbang.net"

+ Reply to Thread

Similar Threads

  1. Roads To Every Rural Villages By 2020
    By WEDY in forum Kerajaan (Government)
    Replies: 2
    Last Post: 24 May 2010, 06:37 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts