View RSS Feed

Lnet Admin Blog

Forum vs Blog

Rate this Entry
Seperti yang anda semua dapat lihat, melalui versi terbarunya iaitu versi 4 Suite, Limbang .NET telah mempunyai satu lagi aplikasi yang sangat berguna iaitu Blog. Mungkin anda semua masih keliru atau inginkan penerangan lanjut mengenai perbezaan di antara Forum dan Blog. Kenapa kita perlu post di dalam blog jika kita sudah ada forum? Apa yang perlu kita post di dalam blog dan apa yang perlu kita post sebagai forum?

Untuk menjawab persoalan ini, kita harus faham maksud dan tujuan kedua-dua aplikasi ini. Forum bermaksud perbincangan mengenai sesuatu isu atau pendapat yang dimulakan oleh seseorang. Individu yang memulakan atau membuka sesuatu thread itu dipanggil Thread Starter dan mereka yang menjawab atau komen terhadap thread berkenaan dipanggil Thread Poster. Penglibatan di antara Thread Starter dengan Thread Poster adalah seimbang dan thread itu menjadi milik seluruh komuniti yang telah menyumbang kepada kejayaan dan keunikan thread berkenaan.

Manakala Blog pula lebih kepada nukilan atau luahan seseorang pemilik atau pencipta blog berkenaan. Penglibatan di antara penulis blog adalah lebih banyak berbanding pengunjung blog kerana beliau bertanggungjawab penuh untuk menentukan hala tuju dan kejayaan blognya. Dengan kata lain, blog adalah milik penulisnya dan kejayaan sesuatu blog bergantung kepada keberkesanan dan keunikan nukilan serta isi kandungan yang dihidangkan oleh penulis berkenaan.

Dalam sesuatu komuniti yang mengandungi kedua-dua aplikasi Forum dan Blog seperti Limbang .NET versi terbaru ini, kedua-dua faktor di atas akan menyumbang kepada kejayaan keseluruhan komuniti. Dengan thread-thread yang informatif di dalam Forum serta nukilan yang unik dan menarik di dalam Blog, ianya akan menarik lebih banyak pengunjung untuk terus melawat Limbang .NET seterusnya membuka hati mereka untuk menyertai komuniti kita.

Diharap semua Lnetters kini telah dapat memahami dan membezakan di antara Forum dan Blog. Gunalah pertimbangan dan kebijaksanaan anda di samping panduan di atas untuk memilih sama ada untuk membuat post di dalam Forum ataupun Blog. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang harus dipelajari dan dialami oleh semua Lnetters.

Selamat berkarya.

Submit "Forum vs Blog" to Digg Submit "Forum vs Blog" to del.icio.us Submit "Forum vs Blog" to StumbleUpon Submit "Forum vs Blog" to Google

Updated 23 Jan 2010 at 02:23 PM by WEDY

Tags: blog, forum Add / Edit Tags
Categories
Lnet Knowledge Base

Comments

  1. nbl -
    nbl's Avatar
    Setuju dengan penerangan mengenai blog tersebut..
    untuk contoh blog ringkas,sila klik : http://nbl-09.blogspot.com/