Limbang .NET Version 4 Suite
by
on 21 Jan 2010 at 11:47 AM (225 Views)
Selamat Datang ke Limbang .NET versi terbaru iaitu Versi 4 Suite.
Semalam saya telah melakukan kerja-kerja naik taraf (upgrading) ke atas Limbang .NET dari versi yang lama iaitu v3 ke versi terbaru iaitu v4 Suite. Saya telah mengambil masa dari jam 6 petang kemarin hingga jam 2 pagi tadi (8 jam) untuk menyiapkan semua kerja-kerja ini. Malah kerja-kerja adjustment dan settings terpaksa saya sambung semula jam 8 hingga 10 pagi ini.
Seperti yang anda semua dapat lihat sekarang, Limbang .NET telah pun berubah wajah. Tentu ramai Lnetters yang masih pening dengan interface yang baru ini. Saya mohon agar semua dapat bersabar dan sama-sama mempelajari cara-cara menggunakan versi ini. Semua fungsi yang lama memang sudah sedia ada tetapi memerlukan masa untuk kita mencarinya. Di samping itu, versi ini juga mempunyai lebih banyak fungsi-fungsi baru yang saya sendiri masih belum terokai.
Semua komen dan pendapat mengenai Limbang .NET Version 4 Suite boleh dikemukakan terus di blog ini atau di forum Ruangan Bantuan dan Cadangan.
Sekian.










