Win RM50 - LNET 3rd Anniversary Challenge
by
Published on 6 Feb 2010 01:39 PM
Number of Views: 347
Apa itu Limbang .NET 3rd Anniversary Challenge?
Limbang .NET 3rd Anniversary Challenge ialah pertandingan yang diadakan sempena ulang tahun ke-3 Limbang .NET.
Di manakah pertandingan ini diadakan?
Di sini iaitu di laman web Limbang .NET.
Bila tarikh mula dan tamat pertandingan ini?
Tarikh mula pertandingan ialah serta merta sebaik sahaja thread ini dipostkan. Tarikh tutup akan diumumkan oleh Admin kemudian.
Siapakah yang layak menyertai pertandingan ini?
Semua Lnetters iaitu mereka yang telah mendaftar di Limbang .NET.
Adakah Lnetters bermaksud penduduk Limbang sahaja?
TIDAK. Lnetters bermaksud mereka yang telah mendaftar menjadi ahli Limbang .NET tidak kira mereka berasal dari mana.
Apakah hadiah untuk pertandingan ini?
Berapakah bilangan pemenang yang akan dipilih?
TIDAK dihadkan. Selagi pertandingan dibuka, semua Lnetters berpeluang menjadi pemenang.
Bilakah pemenang diumumkan?
Serta merta sebaik sahaja semua cabaran diselesaikan oleh Lnetters tersebut.
Bagaimanakah cara saya mendapatkan hadiah tersebut sekiranya saya menang?
Hadiah boleh diperolehi di MS Trading, Ground Floor, Bangunan Bangkita, Limbang. Wang tunai akan dikreditkan secara online ke Akaun Bank anda!
Bagimana jika saya berada di luar Limbang?
Jangan risau, selagi anda berada di dalam Malaysia, hadiah anda akan kami kirim melalui POS Ekspress - PERCUMA!
Bagaimana jika saya berada di luar Malaysia?
Bagi yang berada di luar negara, anda terpaksa tanggung sendiri perbelanjaan pos.
Bolehkah saya memenangi lebih dari SATU hadiah?
TIDAK. Setiap Lnetter cuma boleh memenangi SATU hadiah sahaja.
Apakah cabarannya?
CABARAN 1. Anda PERLU buka / memulakan 3 Thread baru mengenai apa jua perkara atau isu di Limbang atau di mana saja. Thread hendaklah unik / asli dan tidak diciplak atau disalin dari mana-mana laman web lain. Mengandungi sekurang-kurangnya 100 patah perkataan anda sendiri di dalam Bahasa Malaysia atau English. Quote dari sumber lain adalah dibenarkan tetapi tidak dikira sebagai komen / perkataan anda sendiri.
CABARAN 2. Anda PERLU mewujudkan Blog anda sendiri dan kemudian membuka / memulakan 3 blog post baru mengenai apa jua perkara atau isu di Limbang atau di mana saja. Blog post hendaklah unik / asli dan tidak diciplak atau disalin dari mana-mana laman web lain. Mengandungi sekurang-kurangnya 100 patah perkataan anda sendiri di dalam Bahasa Malaysia atau English. Quote dari sumber lain adalah dibenarkan tetapi tidak dikira sebagai komen / perkataan anda sendiri.
CABARAN 3. Anda perlu mewujudkan Album anda sendiri dan kemudian upload 3 gambar berkaitan dengan diri anda sendiri atau persekitaran anda. Setiap gambar hendaklah unik / asli dan tidak diciplak atau disalin dari mana-mana laman web lain. Tajuk dan diskripsi gambar hendaklah diisi menggunakan Bahasa Malaysia atau English.
Apa lagi?
Xtra Challenge: Ada 3 Cabaran Tambahan yang PERLU Lnetters lakukan sebelum atau selepas menyahut 3 Cabaran Utama di atas iaitu melengkapkan profail masing-masing dengan;
1. Avatar dan Profail Picture - unik dan tidak diciplak dari sumber lain
2. Mengisi semua butiran pada 'About Me' page dengan lengkap
3. Mencari 3 orang Lnetters lain sebagai 'Friends' anda.
Lagi?
TIADA lagi, itulah saja cabaran yang perlu anda sahut untuk memenangi hadiah daripada Limbang .NET sempena ulang tahun ke-3 kelahirannya. Apa lagi? Jom aktifkan diri anda di Limbang .NET. "Bulih kali ahhh.."
Tags :
Rate this article