Reputation
by
Published on 5 Feb 2010 12:00 AM
Number of Views: 306
Apa itu Reputation?
Reputation ialah satu di antara fungsi yang amat berguna di dalam Forum Limbang .NET. Ianya digunakan oleh seseorang Lnetters untuk menilai kualiti post yang telah dibuat oleh Lnetters yang lain. Sila baca lebih lanjut mengenai Reputation di
SINI.
Bagaimana cara untuk menggunakan Fungsi Reputation?
1. Pada setiap post yang dibuat oleh seseorang Lnetter, terdapat icon BINTANG di bawah profail beliau seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
http://img641.imageshack.us/img641/3...rcapture26.png
2. Klik pada icon BINTANG tersebut untuk mengeluarkan window seperti di bawah;
http://img709.imageshack.us/img709/8...rcapture27.png
3. Pilih sama ada anda Setuju(No.1) atau Tidak Setuju(No.2) dengan post yang telah dibuat oleh Lnetter berkenaan dan kemudian isi sebab anda berkata demikian di ruangan 3, kemudian klik "Add to Reputation".
4. Itu saja! Anda telah memberikan Reputation kepada rakan Lnetter anda.
Apa itu Reputation Power?
Rep Power ialah kuasa Reputation anda. Rep Power 1 bermaksud dengan setiap klik, anda akan berikan atau kurangkan 1 mata dari Jumlah Keseluruhan Reputation Lnetter tersebut. Semakin banyak anda memberikan Reputation kepada orang lain, semakin bertambah kuasa Reputation anda. Di samping anda sendiri pun akan menerima ganjaran markah Reputation di atas kerajinan anda itu.
Kenapa saya perlu memberi Reputation kepada orang lain?
Sebagai tanda penghargaan dan menggalakkan lagi para Lnetters untuk membuat post-post yang berkualiti atau mengurangkan post-post yang berunsur negatif dan tidak memberi faedah kepada Lnetters yang lain. Ini sekaligus akan menjadikan Limbang .NET sebagai Portal Informasi yang sebenar bagi seluruh Warga Limbang.
This article was originally published in blog:
Reputation
started by
WEDY
Rate this article