Peraturan-Peraturan Limbang .NET
by
Published on 5 Feb 2010 12:00 AM
Untuk menjaga kewibawaan, imej dan nama baik Limbang.net(Lnet) serta untuk kebaikan dan manfaat semua ahli-ahli Lnet, berikut digariskan peraturan-peraturan yang perlu diingati dan dipatuhi oleh SEMUA ahli ;
1. DILARANG mengguna atau mempamerkan apa jua perkataan, ayat, gambar, video, 'link' dan sebagainya yang berbentuk lucah, ganas, sensitif dan lain-lain yang berunsur negatif pada username, profail, 'shout', 'post' atau di mana sahaja ruangan dalam Lnet.
2. Oleh kerana Negara Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, ahli adalah DILARANG untuk mengutarakan apa jua isu yang sensitif dan boleh menggugatkan perpaduan kaum.
3. Menggunakan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar UTAMA dalam forum dan Bahasa Antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium kedua.
4. Bahasa Tempatan iaitu seperti Bahasa Kedayan, Cina, Iban, Bisaya, Murud, Lunbawang dan sebagainya BOLEH digunakan dalam forum bagi memberi identiti 'Limbang' kepada forum. Namun demikian, sesuatu Topik itu TIDAK BOLEH dibincang keseluruhannya dalam Bahasa Tempatan. Sekiranya sesuatu Topik itu menjurus kepada sesuatu kaum sahaja, ianya PERLU dimulakan di Ruangan 'Kebudayaan / Culture'.
5. Seorang ahli HANYA dibenarkan untuk mendaftar SATU(1) akaun sahaja di Lnet. Sekiranya didapati ada ahli yang mendaftar menggunakan DUA(2) akaun, Admin akan membatalkan salah satu daripada akaunnya.
6. Ahli HENDAKLAH sentiasa aktif selepas mendaftar dengan Lnet. Mana-mana akaun yang didapati TIDAK AKTIF iaitu tanpa sebarang 'post' dalam tempoh SEBULAN dari tarikh pendaftaran akan dibatalkan oleh Admin. Untuk menyertai semula Lnet, ahli berkenaan perlu membuat Pendaftaran baru.
Peraturan-peraturan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dan lain-lain peraturan akan ditambah sekiranya perlu.
Semua ahli Lnet DIKEHENDAKI mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kegagalan mematuhi mana-mana peraturan boleh menyebabkan keahlian anda digantung atau dilucutkan dan anda boleh di'banned' daripada menyertai Lnet.
Sekian, harap maklum.
Admin, Limbang.net.
Tags :