Sejarah dan Latarbelakang Limbang .NET
by
Published on 5 Feb 2010 12:00 AM
Limbang.net telah diilhamkan oleh pengasasnya iaitu WEDY sejak tahun 2005. Pada 22hb Disember 2006, Limbang.net secara rasminya telah didaftarkan dengan ICANN - Internet Corporation for Assigned Names and Numbers. Limbang.net dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh WEDY.me.
Objektif Penubuhan Limbang.net ialah sebagai pelantar (platform) kepada semua penduduk Limbang, Sarawak, Malaysia untuk berjumpa secara online dan berbincang tentang apa jua isu dan perkembangan terkini yang berlaku di Limbang. Di samping itu, Limbang.net juga dapat menggabungkan semua individu yang berasal dari Limbang tidak kira di mana mereka berada.
Limbang.net merupakan Infrastruktur Asas yang buat masa ini menyediakan alpikasi-aplikasi berikut;
1. Lnet Forum - Forum Interface
2. Lnet Gallery - Pictures / Images Hosting
3. Lnet Lounge - Chat Room Interface
4. Lnetters eMail - eMail Services
Lnet Forum ialah sebuah Komuniti Online (BUKAN Pertubuhan atau Persatuan). Oleh yang demikian, ianya TIDAK mempunyai struktur organisasi seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya. Buat masa ini, Lnet Forum diterajui oleh WEDY dengan dibantu oleh Moderator-Moderator yang dilantik mengikut keaktifan dan sumbangan mereka kepada Forum.
Sekian. Harap maklum.