Bagi memeriahkan lagi Limbang .NET tahun 2010 ini dan sempena meraikan ulang tahun ke-3 LNET, pertandingan diteruskan lagi dengan pemberian Pemegang Kunci Rasmi Limbang .NET kepada Lnetters yang membuat post yang terbanyak setiap bulan.
Anda boleh melihat status Lnetters yang bakal memenangi hadiah ini di sebelah kiri laman sesawang Limbang .NET. Lnetter yang membuat post terbanyak akan menduduki tempat pertama Ranking Top 5 tersebut dan avatar beliau akan dipaparkan. Setiap Lnetter layak memenangi 1 Keychain sahaja. Sekiranya Lnetter yang sama menduduki tempat pertama bulan berikutnya, maka Lnetter yang berada di tempat kedua akan dipilih.
...
Selamat Datang ke Limbang .NET versi terbaru iaitu Versi 4 Suite.
Semalam saya telah melakukan kerja-kerja naik taraf (upgrading) ke atas Limbang .NET dari versi yang lama iaitu v3 ke versi terbaru iaitu v4 Suite. Saya telah mengambil masa dari jam 6 petang kemarin hingga jam 2 pagi tadi (8 jam) untuk menyiapkan semua kerja-kerja ini. Malah kerja-kerja adjustment dan settings terpaksa saya sambung semula jam 8 hingga 10 pagi ini.
Seperti yang anda semua dapat lihat sekarang, Limbang .NET telah pun berubah wajah. Tentu ramai Lnetters yang masih pening dengan interface yang baru ini.
...
Limbang.net telah diilhamkan oleh pengasasnya iaitu WEDY sejak tahun 2005. Pada 22hb Disember 2006, Limbang.net secara rasminya telah didaftarkan dengan ICANN - Internet Corporation for Assigned Names and Numbers. Limbang.net dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh WEDY.me.
Objektif Penubuhan Limbang.net ialah sebagai pelantar (platform) kepada semua penduduk Limbang, Sarawak, Malaysia untuk berjumpa secara online dan berbincang tentang apa jua isu dan perkembangan terkini yang berlaku di Limbang. Di samping itu, Limbang.net juga dapat menggabungkan semua individu yang berasal dari Limbang tidak kira di mana mereka berada.
...
Untuk menjaga kewibawaan, imej dan nama baik Limbang.net(Lnet) serta untuk kebaikan dan manfaat semua ahli-ahli Lnet, berikut digariskan peraturan-peraturan yang perlu diingati dan dipatuhi oleh SEMUA ahli ;
1. DILARANG mengguna atau mempamerkan apa jua perkataan, ayat, gambar, video, 'link' dan sebagainya yang berbentuk lucah, ganas, sensitif dan lain-lain yang berunsur negatif pada username, profail, 'shout', 'post' atau di mana sahaja ruangan dalam Lnet.
...